• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pedulikan PAS Lagi, Pakatan Ada Mahathir!

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak perlu mempedulikan PAS lagi kerana pembangkang sudah mempunyai empat parti politik yang bekerjasama untuk menumbangkan UMNO.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai PAN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mempunyai Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Parti yang bersendirian’ itu tidak perlu dipedulikan. Ada parti itu suka duduk sorang-sorang. Biarkanlah,” katanya menyindir PAS dalam satu ceramah PAN di Gombak baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa PAS tidak pernah menang memenangi banyak kerusi walaupun setiap program parti itu dipenuhi ramai orang.

Dakwanya, PAS hanya memenangi banyak kerusi dengan undi kaum Cina selepas parti itu bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN selepas menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam.

PAN diwujudkan oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersama beberapa bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti itu kerana dilihat terlalu taksub kepada pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan PPBM yang diketuai Mahathir untuk menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mahathir keluar daripada UMNO dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan kerana beberapa kepentingan peribadinya termasuk dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd