• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan DAP Musuh Utama Bukti PAS ‘Sesat’ Politik

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunjukkan parti itu ‘sesat’ dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sbagai tidak masuk akal.

“Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan…sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penerangan Isu Semasa di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.

Pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63 di Kedah semalam, Yusni turut menganggap Pakatan Harapan (PH), yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebagai musuh utama parti Islam itu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH tidak bercadang untuk bertemu dengan kepimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu sebaliknya mereka akan terus berusaha memperkukuh pakatan berkenaan. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan EngPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd