• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

oleh AK-47
24/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DILANTIK menjadi duta belia Transformasi Nasional 2050 (TN50), Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa berharap agar dirinya tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Kata penerima Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu, perlantikannya haruslah dipandang dari sudut yang lebih meluas.

Dia yang dinamakan duta TN50 dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin itu berkata, dia bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Ia atas dasar cintakan negara dan mahu melihat Malaysia terus maju, sekali gus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara,” kata wanita yang membahasakan dirinya sebagai Lofa itu, seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

Oleh kerana jumlah penglibatan wanita dalam bidang perniagaan agak kurang, Lofa berkata dia mempunyai banyak idea untuk diusulkan bagi meningkat mutu hidup kaum hawa di negara ini, selain daripada isu pendidikan.

Katanya, dua elemen berkenaan penting dalam pembangunan sesebuah negara. “Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri.

“Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang. Selain itu, Lofa juga mahu mengetengahkan idea pendidikan tanpa sempadan. 

“Jadikan sistem pendidikan kita lebih menyeluruh dan holistik dari segi teori serta praktikal,” katanya yang turut memenangi trofi Artis Berpengaruh Di Laman Sosial pada ABPBH edisi ke-30 baru-baru ini.

Turut dilantik sebagai duta belia baharu TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup; penggiat seni muzik Iban di Sarawak, Gabriel Fairuz Louis; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Izhar Ariff; Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha; serta Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NeelofaTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd