• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu 3 Exco: PAS Cuma Dengar Titah Sultan Selangor

oleh AK-47
16/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALIPUN hangat kedengaran suara-suara pimpinan Pakatan desak PAS angkat kaki dari tiga jawatan Exco Selangor,parti itu Isnin menegaskan ia tidak akan berganjak selagi tidak ada titah dari Sultan Selangor sendiri.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kata PAS berpegang kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri bahawa lantikan jawatan Exco dibuat oleh Sultan Selangor.

“Selagi sultan perkenan ahli exco PAS pegang jawatan, kita pegang,” katanya pada sidang akhbar di ibupejabat PAS.

Takiyuddin menegaskan cuma Sultan Selangor boleh titah mengarahkan mereka meletak jawatan atau memecat mereka.

Beliau juga memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat akan adakan mesyuarat Khamis ini untuk bincangkan isu berkenaan.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula memberitahu pimpinan PKR akan adakan mesyuarat esok Selasa untuk bincangkan isu kerajaan negeri Selangor.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali telah memberitahunya mengenai pertemuan yang beliau adakan dengan tiga Exco PAS pagi Jumaat lalu.

“Saya percaya semua akan dibincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR. – Agenda Daily

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd