• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Ada Kongsi Maklumat Dengan SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mempertahankan bahawa memang wujud kerjasama antara Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti perkongsian maklumat sehingga menyebabkan penahanan dua pegawai Imigresen Padang Besar, Perlis baru-baru ini.

Mengakui terkejut dengan kenyataan Pengarah SPRM Kedah yang seolah-olah menafikan sumbangan jabatan itu dalam kes berkenaan, Mustafar berkata beliau sebagai bekas ‘orang kanan’ SPRM telah berjumpa Pengarah Perisikan SPRM dan pegawai berkaitan bagi berkongsi maklumat.

“Ini perkongsian antara ibu pejabat Jabatan Imigresen dengan ibu pejabat SPRM, ia prosedur biasa…di peringkat negeri mungkin beliau tidak tahu,” katanya mengulas kenyataan Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad yang dilaporkan hairan dengan kenyataan Mustafar bahawa Jabatan Imigresen membekalkan maklumat risikan kepada suruhanjaya itu sehingga tertangkapnya dua pegawai Imigresen tersebut.

Mohd Fauzi juga dilaporkan berkata penahanan dua individu berusia 34 dan 37 tahun di Alor Setar dan di Perlis pada Isnin lepas, dalam kes rasuah membabitkan lebih RM27 juta itu dilakukan atas usaha Unit Risikan SPRM Kedah dengan kerjasama Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Kenyataan Mohd Fauzi itu dibuat sebagai reaksi susulan kenyataan Mustafar yang menyatakan penahanan dua pegawai kanan Imigresen Padang Besar itu dilakukan hasil maklumat daripada Jabatan Imigresen sendiri yang menyalurkan maklumat risikan dan semakan dalaman kepada SPRM.

Mustafar pada sidang media sempena perasmian penjenamaan semula Kaunter Visa Ketibaan (VOA) dan ‘Join Ship’ di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini, berkata ibu pejabat SPRM telah menyatakan kesediaan untuk menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat Pengarah SPRM Kedah itu

Katanya, beliau dan Mohd Fauzi juga telah bersetuju untuk bertemu dalam masa terdekat bagi memperbetulkan kekeliruan yang timbul.

Berkenaan penjenamaan semula Kaunter VOA dan Join Ship, Mustafar berkata penaiktarafan itu akan menjadikan urusan dokumentasi keluar masuk pelancong dan warga asing di KLIA semakin efisien selaras dengan statusnya yang diiktiraf sebagai Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia, baru-baru ini.

Beliau berkata langkah menaik taraf kaunter yang beroperasi sejak 1998 yang mengambil masa selama tiga bulan itu dijangka memudahkan urusan kemasukan warga China dan India yang memasuki Malaysia melalui Singapura, Thailand dan Indonesia.

Katanya kaunter ‘join ship’ pula diberikan kepada anak-anak kapal atau kelasi warga asing yang masuk melalui negara ini untuk menaiki kapal di mana mereka bekerja apabila kapal-kapal tersebut berlabuh di pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pasir Gudang.

“Anak-anak kapal atau kelasi warga asing ini perlu menunjukkan ‘seaman book’ sebagai pelayar dan juga surat makluman daripada ejen perkapalan yang mengesahkan kapal bakal dinaiki mereka berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd