• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IIBD Lonjak Daya Saing Bandar Raya Johor Bahru

oleh AK-47
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Projek Daerah Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD) yang sedang dilaksanakan di sini diharap dapat memberi lonjakan baharu kepada kebolehsaingan bandaraya Johor serta sektor keusahawanan di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri juga tidak mahu ia sekadar menjadi mercu dan inisiatif biasa, sebaliknya membantu Johor Bahru menjadi destinasi pilihan bagi aktiviti perdagangan dan keusahawanan.

Selain itu, ia disasar menjadi satu lagi jenama ekonomi Johor, selepas Pengerang di Kota Tinggi dan Iskandar Malaysia, yang setiap satunya mempunyai kebitaraan dan fokus masing-masing.

“IIBD harus mencipta namanya yang tersendiri. Kita mahu IIBD dibangun dan dikembangkan setaraf dengan pelbagai daerah perniagaan lain di seluruh dunia seperti Sydney CBD di Australia, Downtown Toronto di Kanada, Beijing Business Central District di China serta Seoul Special City di Korea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah kemudahan awam IIBD merangkumi Persada Annexe, jejantas pejalan kaki dan jejambat bertingkat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Mohamed Khaled bersyukur kerana pelaksanaan IIDB ini disokong kerajaan pusat melalui penyaluran dana RM250 juta di bawah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Dana itu, menurutnya, khusus untuk pembinaan kemudahan jambatan penghubung PERSADA dan jejambat bertingkat. Bagi komponen lain iaitu Persada Annex pula, sebanyak RM43 juta adalah dari syarikat kerajaan negeri, Johor Corporation (JCorp).

Meliputi keluasan 83,000 kaki persegi serta 200 ruang perniagaan, persada ini akan dibangunkan JCorp sendiri untuk merangsang dan menyokong masyarakat Bumiputera untuk menjadi usahawan berjaya.

Projek ini juga tambahan kepada lebih 82 unit ruang perniagaan yang disediakan JCorp kepada usahawan Bumiputera di pusat beli-belah Galleria@Kotaraya dan KOMTAR JBCC Mall, di sini.

“Kesimpulannya, semua inisiatif khusus ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri Johor dalam memastikan lebih ramai Bumiputera menjadi usahawan yang berjaya.

“Kita tidak mahu lagi Bumiputera hanya berniaga kecil-kecilan di pinggir desa atau di ceruk kampung.

“Bumiputera mesti berani keluar dari kampung dan berniaga di bandar. Peniaga Melayu mesti berusaha untuk pergi lebih jauh. Mesti bercita-cita untuk mempunyai empayar perniagaan dan menjadi usahawan yang maju dan berjaya,” katanya.

IIBD, seluas 101 hektar di pusat bandar Johor Bahru dibangun bagi merangsang aktiviti ekonomi serta untuk menjadi pembangunan komersil bersepadu.

Sebanyak 51 peratus daripada pembangunan itu untuk komersil, 24 peratus tempat terbuka, 14 peratus untuk institusi, sembilan peratus kediaman dan dua peratus bagi tempat letak kereta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perubahan pendirian negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd