Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Dijangkiti...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah,...

RCI Wang Kelian: 3...

PUTRAJAYA - Tiga lagi kem besar penempatan manusia berjaya ditemukan polis susulan berita...

Seorang Terbunuh, Demonstrasi Aman...

FERGUSON, Amerika Syarikat - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila demonstrasi aman yang diadakan di...

Kluster COVID-19 Golongan Berisiko...

PUTRAJAYA - Satu kluster golongan berisiko tinggi dikesan di Johor hari ini, membabitkan...

Harga Naik Sikit, Ramalan Konon PRU-14 Berkecai!

KUALA LUMPUR – Harapan netizen propembangkang kononnya Parlimen bakal dibubarkan jika harga minyak turun seminggu ini tidak kesampaian apabila harga produk petroleum itu naik sikit.

Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan bermula sejak 30 Mac lalu, dan untuk seminggu berikutnya pula menyaksikan kesemua jenis minyak naik dengan petrol meningkat sedikit sebanyak tujuh sen.

Ia sekali gus ‘meranapkan’ tohmahan liar pengguna media sosial yang cenderung Pakatan Harapan konon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal diadakan minggu depan jika harga minyak turun empat minggu berturut-turut.

Sebelum ini, pembangkang menjaja ‘cerita’ bahawa harga minyak turun selama tiga minggu berturut-turut sebagai petanda konon Parlimen bakal dibubarkan oleh kerajaan untuk memberi ruang kepada proses PRU diadakan.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 kini menjadi RM2.08 seliter iaitu menokok tujuh sen berbanding sebelumnya iaitu hanya RM2.01 seliter.

Manakala siling harga untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.36 seliter iaitu bertambah juga sebanyak tujuh sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.29 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi RM1.99 seliter iaitu naik sedikit sebanyak empat sen berbanding RM1.95 seliter ketika sebelumnya.


Stesen penyiaran awam kebangsaan tersebut melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 18 Mei sehingga 11. 59 malam 24 Mei depan.

Mulai Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori