• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizz Fairuz Lebih Suka Almy Nadia Jaga Anak Di Rumah

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK seperti kebanyakan artis yang terus kembali aktif dalam bidang seni sejurus selepas tamat tempoh berpantang, Almy Nadia lebih selesa untuk berehat seketika daripada dunia lakonan dan fokus sepenuhnya terhadap membesarkan kedua-dua anaknya.

Apatah lagi dengan bermacam kes penderaan kanak-kanak dewasa ini, pendirian Almy turut disokong penuh oleh suaminya, pelakon Fizz Fairuz.

Menurut Fizz, dia dan isteri sememangnya bimbang meninggalkan anak-anak mereka yang masih kecil bersama pembantu rumah.

“Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah.

“Pembantu rumah sekarang pun sukar dipercayai kerana banyak kes membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi bahawa buat masa ini Almy masih menyusukan anak kedua mereka yang baru sahaja dilahirkan September tahun lalu.

Bagaimanapun, Fizz berkata isterinya akan kembali beraksi di hadapan kamera setelah puas membesarkan anak-anak mereka nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: almy nadia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Biar Orang Nak Cakap Apa, Janji Almy Sihat” – Fizz Fairuz

15/05/2018
0

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berasa lebih selesa mengambil sikap tidak mengendahkan tohmahan negatif netizen yang mengkritik bentuk badan isterinya iaitu...

Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

03/05/2018
0

EHEMMM… Khabarnya isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mengandung lagi, betul ke? Kalau betul kami di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd