• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang menafikan berlaku kekurangan bekalan kelapa di negeri itu sehingga menyebabkan kenaikan harga sejak awal Ramadan ini.

Pengurus Pusat Operasi FAMA negeri Akbaruddin Nasurdin berkata pihaknya telah menambah 50 peratus bekalan kelapa untuk sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri ini bagi menampung permintaan tinggi sepanjang tempoh berkenaan.

“FAMA Pulau Pinang mengimport sebanyak 60,000 kelapa setiap bulan dari beberapa kawasan di Indonesia dan kami pula menambah lebih 50 peratus bekalan kelapa untuk Ramadan dan Hari Raya nanti.

“Sebelum ini kami membawa masuk kelapa dua atau tiga kali sebulan menerusi kapal kayu dan diturunkan di Pelabuhan Batu Pahat, Johor. Tetapi Ramadan kali ini FAMA mengimport kelapa setiap minggu serta lebih banyak dengan menggunakan kapal kontena,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan di sebalik jaminan diberikan FAMA bahawa harga kelapa tidak akan mengalami kenaikan, perkara sebaliknya pula berlaku awal Ramadan ini.

Peniaga memberi alasan terpaksa menaikkan harga hingga RM1 berikutan kenaikan kos pembelian daripada pemborong.

Akbaruddin berkata FAMA Pulau Pinang menjual kelapa pada harga RM1.70 sebiji kepada pemborong atau peruncit dan pihaknya percaya peniaga sengaja menaikkan harga berkenaan.

“Berdasarkan tinjauan kami, harga kelapa biji telah naik sejak tiga bulan lepas dan ia agak ketara menjelang Ramadan disebabkan peniaga mula mengambil kesempatan dari awal untuk naikkan harga sebelum harga kawalan pada Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata pemborong, peruncit, peniaga atau orang ramai yang mahu mendapatkan bekalan kelapa boleh membeli terus di Pusat Operasi FAMA Bukit Mertajam di Jalan Padang Lalang, di sini setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Sementara itu, Akbaruddin berharap Pelabuhan Pulau Pinang dapat memberi kebenaran untuk membawa masuk kelapa dari Indonesia melalui pelabuhan berkenaan, kerana ia akan memudahkan pengedaran kelapa di kawasan utara.

“Kalau di Pelabuhan Batu Pahat, kos logistik dan upah meningkat dan jika bawa masuk melalui Pelabuhan Pulau Pinang ia lebih murah serta memudahkan kami mengedar di wilayah utara. Ia sekali gus dapat mengurangkan lagi harga kelapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: buah kelapaFAMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

Next Post

PKR Dakwa Aset Pertahanan Negara Ketinggalan Zaman

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

Next Post

PKR Dakwa Aset Pertahanan Negara Ketinggalan Zaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd