• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco PAS Terikat Bai’ah, Tak Boleh Dipecat Sewenangnya

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor masih lagi terikat dengan bai’ah atau sumpah ikrar dan mereka tidak boleh dilucut jawatan sewenang-wenangnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, setiap calon PAS yang bertanding pada PRU-13 atau mana-mana pilihan raya dan memegang jawatan dalam kerajaan wajib mengangkat sumpaat taat itu.

“Selepas menang dalam pilihan raya, mereka akan diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan Exco yang dipegang oleh ADUN PAS Selangor tidak boleh diberhentikan atau dicabut secara mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengingatkan PKR agar tidak hanya memikirkan politik dalaman parti tanpa melihat sistem pemerintahan negeri.

“Jangan hanya bermain politik sesama dalam parti tanpa mengira komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Malah katanya, bagi PAS terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu Islam agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat mengundi wajib diambil kira.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi turut mengingatkan PKR agar peristiwa pemecatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Langkah Kajang dijadikan pengajaran.

Ini kerana dua insiden tersebut akibat ‘permainan’  politik PKR sendiri telah membebankan rakyat dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Isu berhubung status tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor timbul selepas PAS menerusi Majlis Syura Ulama membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Keputusan itu dibuat selepas PKR didakwa melanggar beberapa syarat yang ditetapkan dalam kerjasama politik yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KZPHJ0vO7Rc

Tags: Abdul Hadi AwangPASTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd