Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Video: LUCU.. Wanita Silap...

RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan...

Denda Pelumba Haram Naik...

GEORGE TOWN – Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman...

Pontian Bakal Dijadikan Hab...

PONTIAN — Ternakan kerang dijangka menjadi tumpuan penting Jabatan Perikanan pada masa hadapan...

Bayar Royalti Minyak Terus...

KERAJAAN Persekutuan bersetuju beri wang royalti minyak secara terus kepada negeri yang berkaitan...

Enam Pelajar Dibelasah Kerana Isu Kasut Bola

HANYA kerana sepasang kasut bola, enam pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, Perak dipercayai dibelasah oleh 10 pelajar senior hingga mengalami kecederaan fizikal.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku apabila dikatakan seorang daripada mangsa enggan meminjamkan kasut bola kepada seorang pelajar senior berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdulla berkata, pihaknya menerima laporan enam laporan daripada mangsa berhubung kejadian yang berlaku pada 5 Mei lalu.

Menurutnya, polis sudah mengambil rakaman percakapan 10 pelajar senior Tingkatan Tiga dan Empat yang dipercayai sudah digantung sekolah.

Jelasnya, dalam kejadian tersebut, semua mangsa tidak mengalami kecederaan teruk dan cuma lebam pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul menggunakan tangan.

Kata Mohamad Zainal lagi, semua pelajar terbabit iaitu yang membuli dan mangsa masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur.


Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis menasihatkan keluarga pelajar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menggangu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori