• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dorong Asnaf Jadi Muslim Miliki Personaliti Baik

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya masyarakat memberi dorongan berterusan kepada golongan asnaf untuk menjadi muslim yang memiliki personaliti baik dan berwibawa.

Menurut baginda asnaf yang disantuni dalam keadaan sakit hendaklah terus dibantu dan didorong agar mereka dapat menunaikan kewajipan seperti berpuasa, solat dan berkeinginan menyertai majlis-majlis bersama masyarakat.

“Kita juga harus berikan bantuan dan sokongan agar mereka keluar dari kepompong kemiskinan sehingga mampu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji,” titah baginda pada program ‘The Winning Formula’ anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) di Perumahan Awam Arau di sini, malam tadi.

Hadir sama pada program itu Ketua Bahagian Komunikasi Strategik PDB, Ruziah Azdi Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor.

Seramai lima pengamal media dari Medan, Indonesia dan lapan dari Selatan Thailand yang menghadiri ‘Forum Media IMT-GT’ sempena sambutan keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-74 turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah majlis itu sedaya upaya menerapkan keinginan dalam diri setiap asnaf untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta melaksanakan perintah-perintah agama seperti yang terkandung dalam Rukun Islam.

“Jika diamati, perintah yang diwajibkan adalah penanda aras bagi penganut Islam. Orang Islam yang baik sentiasa menunaikan solat, bersyukur dengan nikmat Allah, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan fardu haji,” titah baginda.

Pada program itu MAIPs mengagihkan zakat berjumlah RM35,400 kepada 59 orang asnaf yang menerima RM600 seorang manakala PDB pula menyumbangkan wang tunai dan barang keperluan dapur. – BERNAMA

Tags: asnafRaja Muda Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

07/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd