• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasih Ibu, Sanggup ‘Dermakan’ Rahim Pada Anak

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita berusia 43 tahun mendermakan rahimnya kepada anak perempuannya yang berusia 21 tahun melalui pembedahan pertama seumpamanya di India dengan harapan anaknya yang dilahirkan tanpa rahim, berpeluang merasai pengalaman melahirkan anak.

Pembedahan sukar selama lapan jam itu dilakukan di Pune, selatan India, Khamis lalu, oleh sepasukan doktor dan pembantu di Hospital Penjagaan Galaxy Pune diketuai pengarah perubatan hospital itu, Dr. Shailesh Puntambekar.

Portal berita kfor.com yang memetik CNN melaporkan, Shailesh berkata, pembedahan itu amat sukar kerana banyak saluran darah utama perlu disambung manakala saluran darah lain pula kecil dan pendek.

Beliau berkata, pesakit perlu menunggu setahun bagi membolehkan luka pembedahan sembuh serta tubuhnya menyesuaikan dengan rahim berkenaan sebelum boleh cuba hamil melalui IVF.

Menurut Dr. Mats Brannstrom, seorang profesor perubatan di Universiti Gothenburg, Sweden, hanya enam bayi dilahirkan melalui rahim pindahan dengan dua oleh ibu yang sama.

Brannstrom mengetuai pasukan yang melakukan pembedahan pemindahan pertama yang berjaya pada 2014 selepas 11 pembedahan lain oleh pasukannya serta pasukan lain di seluruh dunia, gagal, membolehkan bayi pertama dilahirkan di Sweden.

Semua lima lagi bayi hasil pembedahan yang dilakukan pasukan perubatan Sweden dan dunia kini menunggu hasil pembedahan di India itu.

Pembedahan pemindahan rahim yang berjaya amat jarang kerana prosesnya yang kompleks serta rumit dan pembedahan yang pertama di India itu ialah percubaan yang ke-30 di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Brazil, Sweden, China, Jerman, Serbia, Czechoslovakia, Arab Saudi dan Turki.

Menurut Brannstrom, pembedahan itu pada masa depan boleh lakukan terhadap wanita yang menghidap penyakit rahim atau lelaki yang menukar jantina membolehkan mereka hamil dan melahirkan anak.

“Namun masuk banyak penyelidikan perlu dilakukan dan saya menjangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sebelum boleh menjadi prosedur klinikal,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: anakIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd