• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Digesa Mohon Maaf Kerana Bohong Rakyat

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang khususnya parti rasis DAP perlu meminta maaf kepada semua kerana berulang kali membohongi rakyat dengan dakyah yang mendakwa negara bakal bankrap.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan daripada Arab Saudi, India dan juga China.

Malah katanya, Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus pada suku tahun pertama.

“Saya menggesa pembangkang khususnya DAP agar memohon maaf kepada semua rakyat di negara ini atas tindakan mereka yang menyebarkan dakyah kononnya Malaysia sudah mahu bankrap.

“Tindakan mereka ini menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat sedangkan hakikatnya tidak benar sama sekali,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Menurutnya, tindakan DAP itu juga turut memberi kesan terhadap pelaburan di mana ia memberi gambaran buruk kepada pelabur asing.

“Perbuatan itu bagi saya amat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan rasa cemas di kalangan rakyat di negara ini serta memburukkan nama negara di mata pelabur asing dunia.

“Mereka sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat di negara ini atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta agar rakyat di negara ini berhati-hati menerima sebarang maklumat yang disebarkan oleh pembangkang.

“Saya lihat pembangkang hari ini sanggup buat apa sahaja termasuk menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan BN demi kepentingan dan keuntungan politik mereka.

“DAP sanggup memburukkan nama negara mereka sendiri di luar negara dengan menjaja perkara yang tidak betul sehingga boleh menyebabkan timbulnya persepsi negatif dalam kalangan orang luar khususnya pelabur asing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Wg3KEcVbsUg

Tags: bohongDAPmaaf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd