• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

David Teo Diberi 3 Hari Buat Permohonan Maaf – GMPN

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERAKAN Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) menggesa penerbit filem, David Teo memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran bersikap biadap pada majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam.

Presidennya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata permohonan maaf itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga hari dan sekiranya David gagal berbuat demikian secara langsung, badan NGO itu akan menggerakkan protes terhadapnya.

“Saya mahu dia memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan ia perlu dibuat secara langsung.

“Jika dia enggan berbuat demikian, maka permohonan maaf beliau (malam tadi) tidak ikhlas, sekadar di bibir,” kata Razali memetik sebuah portal berita tempatan.

Tambahnya, GMPN akan menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan sewajarnya, jika David gagal melakukan permohonan maaf berkenaan.

“Perdana menteri mewakili semua rakyat Malaysia. Kita tak nak lagi berulang dalam TN50 lain, maka satu tindakan perlu diambil ke atas David bagi pengajaran kepada semua orang tak kira bangsa.

“Jangan biadab kepada perdana menteri terutama dalam majlis rasmi. Itu majlis rasmi,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian, Razali mengatakan insiden itu tidak akan berlaku sekiranya David tidak memulakan dahulu, namun ianya sudah terlambat sehingga memaksa Sulaiman Yassin ‘turun padang’.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Sulaiman yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menghentikan ucapan David dengan mengambil tindakan segera.

“Kalau David tak bertindak kurang ajar dan biadap, tidak terjadi tindakan penampar daripada Mat Over.

“Kesilapan, permulaan dan juga punca adalah daripada David Teo yang meninggikan suara,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Mat Over adalah wajar kerana jika pelakon itu tidak melakukan sesuatu pada waktu itu, mungkin ada pihak lain yang akan campur tangan seterusnya memaksa segelintir pihak untuk bersikap tidak sopan pada majlis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDavid TeoGMPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd