• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pandang Ke Timur Gagal Majukan Malaysia

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985 Malaysia banyak bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi melalui Dasar Pandang ke Timur yang diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju.

Manakala sebelum tahun 1985, Malaysia bergantung kepada hasil eksport komoditi dan kemudian berlaku kejatuhan harga komoditi dunia menyebabkan Malaysia melakukan transformasi kepada negara perindustrian.

Namun, kajian menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain pada waktu tersebut.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, keadaan itu yang menyebabkan Malaysia kekurangan tenaga mahir berkemahiran tinggi iaitu sekitar 28 peratus berbanding negara maju 40 peratus hingga kini.

“Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rancangkan. Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi malah mereka sendiri belajar dan mencipta teknologinya tersendiri.

“Ketika ini hanya 28 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi dan jumlah itu satu angka yang agak rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju lain yang telah mencapai tahap 40 peratus tenaga kerja mahir dalam kala­ngan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Malaysia pada tahun 1985 dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menjadi sekutu Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.

Akmal berkata, jumlah tenaga mahir di Malaysia itu tidak selari dengan keperluan ekonomi abad ke-21 yang menekankan penguasaan kemahiran yang tinggi, penguasaan teknologi maklumat (IT), kreativiti dan inovasi

“Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada keseluruhan tenaga kerja sebagai usaha menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akmal NasirAMK
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd