• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Minta Johor Arahkan Henti Projek Forest City

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Parlimen DAP meminta kerajaan Johor mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta-merta ke atas projek Forest City di negeri itu.

Timbalan jurucakapnya, Steven Sim Chee Keong mendakwa, projek itu perlu dihentikan kerana konon ia membawa masuk ramai pekerja asing tanpa izin (PATI) dari China secara terbuka.

“PATI dari China boleh memasuki negara dan bekerja di sebuah projek gergasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka mahupun majikan mereka.

“Forest City bukan sebuah projek yang tersembunyi dalam hutan walaupun namanya ‘Forest’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sekutu kuat DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak menjalin kerjasama dengan DAP antara individu yang membangkitkan isu tentang projek tersebut sebelum ini.

Mahathir mendakwa kononnya kawasan tanah yang luas di Johor Bahru itu dijual kepada pelabur asing tanpa sekatan dan konon akan berlaku penghijrahan besar-besaran untuk mengambil alih tanah di Johor.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu namun ditempelak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyifatkan Mahathir sengaja mengundang kontroversi ke atas Forest City demi kepentingan politik.

Sultan Johor menjelaskan bahawa Forest City akan dibangunkan di kawasan laut yang ditambak tanahnya dan kebanyakannya membabitkan pembinaan kondominium.

Berikutan itu, baginda mengajukan soalan kepada Mahathir sama ada pembeli warga asing boleh membawa kondominium mereka pulang ke negara asal.

Kemudian sebuah portal berita propembangkang membuat laporan khas sejak beberapa hari lalu bagi menyokong dakwaan Mahathir tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPProjek Forest CitySteven Sim Chee Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd