• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Akan Cabar Pelucutan Kelayakan Adun Pujut

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – DAP Sarawak akan membawa ke mahkamah bagi mencabar kesahihan pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung dua kerakyatan.

Setiausaha parti Sarawak Alan Ling Sie Kiong yang juga seorang peguam berkata satu injunksi akan difailkan dahulu untuk membolehkan mahkamah membuat semakan kehakiman terhadap keputusan oleh dewan undangan negeri.

“Esok, kita akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti di Kuching untuk membincangkan tindakan kita selanjutnya,” kata beliau kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Dr Ting di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini.

Alan berkata injunksi itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching dan butiran lanjut dijangka diumumkan selepas mesyuarat tergempar parti di Kuching esok.

Sementara itu, Dr Ting melahirkan keyakinan bahawa proses kehakiman adalah jalan terbaik untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi Pujut. – BERNAMA

Tags: Adun Pujut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiong Choon Hilang Kelayakan Sebagai ADUN Pujut

11/02/2020
0

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon...

DUN Sarawak Akan Merayu Keputusan Mengenai Pujut

20/06/2017
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan memfailkan notis untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa pemecatan Dr....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd