Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Suspek, Mangsa Tiada Hubungan...

SIBU - Pemandu lori, Phillip Uja, 42, yang juga suspek utama kes pembunuhan...

Malaysia, Indonesia Rangka MoU...

BANGI - Malaysia dan Indonesia kini sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman di...

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di...

Hasil Pengeluaran Harumanis Meningkat...

KANGAR - Hasil pengeluaran mangga Harumanis Perlis pada musim ini meningkat lebih seratus...

Cikgu Lawa Macam Artis Atau Cikgu Sempoi?

PADA awal tahun, sewaktu minggu pendaftaran persekolahan yang baru, pasti akan ada berita viral mengenai guru yang lawa macam artis. Maklumlah guru muda. Guru baru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Guru-guru muda ini memang bersemangat, mesra dan mudah berdamping dengan murid-murid dan ibubapa.

Disebabkan peramahnya guru ini, maka tersebarlah kisah guru lawa macam artis di sekolah. Yang pastinya, tentulah ibubapa yang menularkan kisah guru lawa macam artis ini di laman sosial. Namun bukannya isu lawa yang dipentingkan. Yang paling utama adalah jasa mereka. Jasa mereka tetap ada.

Terima kasih Cikgu Lawa Macam Artis!

Jasa guru amat sukar dilupai. Insan yang berjaya pasti akan mengenang jasa guru. Tanpa guru, tiada insan yang mampu menempah kegemilangan.

Tatkala insan berada di mercu kejayaan, pasti benak hatinya teringat akan kisah di bangku sekolah. Seperti kisah murid Cikgu Nadia ini:

“Saya suka Cikgu Nadia sebab Cikgu Nadia sempoi. Dia pandai ambil hati kami. Dia faham kerenah kami. Cara dia mengajar.. pergh! Terbaik. Senang faham dan senang ingat. Kalau hari itu Cikgu Nadia tak datang sekolah, kami pun tiada semangat nak belajar. Rasa tak seronoklah.”

Itulah antara pengakuan murid-murid mengenai guru yang mereka sukai.

Guru yang macam ini mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang. Bayangkan, purata lapan jam sehari dan 40 jam seminggu, kehidupan murid adalah bersama guru.

Hanya guru-guru yang kreatif sahaja mampu menawan hati murid-murid. Zaman sekarang, murid-murid tidak takut kepada guru. Murid-murid pandai berlakon dan berpura-pura baik di hadapan guru. Yang pastinya, perasaan takut tiada lagi menjadi senjata terbaik bagi guru-guru.

Sebaliknya, murid zaman sekarang cukup mudah untuk merasa segan dan hormat kepada guru yang sempoi. Guru jenis ini, menyebabkan murid sanggup ikut kata, setia dan taat kepada mereka.


“Semasa di sekolah rendah, saya cukup benci matematik. Selama enam tahun di sekolah rendah, saya tak tahu apa yang saya belajar tentang matematik. Saya hafal darab pun sampai darab lima sahaja. Bila periksa, selalunya dapat D. Tak pernah merasa C. B jauh sekali laa.”

“Saya masih ingat, baca soalan matematik pun saya tak faham. Inikan pula untuk menjawab. Hahaha.”

“Tapi, bila saya masuk Tingkatan Satu, saya mula suka dan pandai matematik. Saya selalu dapat B. Jarang dapat C dan sekali-sekala dapat A. Ini semua kerana Cikgu Kadir yang mengubah pemikiran saya mengenai cara belajar matematik yang betul dan yang sesuai dengan tahap kecerdasan saya. Cikgu Kadir tak ikut cara darab dan bahagi yang diajar oleh buku teks.”

“Sebenarnya ada banyak cara yang kreatif untuk menguasai ilmu darab dan bahagi. Kita boleh pilih yang bersesuaian dengan jiwa kita. Terima kasih Cikgu Kadir. Jasa Cikgu Kadir tetap saya ingat sepanjang hayat saya”.

Justeru itu, sempena sambutan Hari Guru 2017 ini, besarlah harapan kita semua, agar lebih ramai “guru sempoi” di sekolah-sekolah. Hanya guru sempoi sahaja mampu mengubah pemikiran dan semangat murid-murid masa kini.

Guru sempoi tak bermaksud guru yang tiada penampilan perguruan. Tetapi guru sempoi mampu membangkitkan kekuatan dalaman murid-murid. Guru sempoi mampu mengenalpasti potensi murid-murid.

Guru sempoi adalah penjana bakal pemimpin negara di masa hadapan. Cayalah! Guru Sempoi. Terima Kasih Guru Sempoi

#laskarmalaya

  • Lagi berita berkaitan:
  • cikgu

Kategori