• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea Menang, John Terry Mungkin Gantung But

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPTEN Chelsea, John Terry mungkin bakal menggantung but selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini di mana pasukannya akan menentang Sunderland pada Ahad.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu membuat komen ini selepas menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-3 Chelsea ke atas Watford, awal pagi Selasa.

Dia akan meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas 22 tahun bersama kelab itu dan dijangka bermain pada Ahad menentang Sunderland.

Pada hari yang sama The Blues juga akan dianugerahkan trofi kejuaraannya.

Terry telah dikaitkan dengan perpindahan ke Amerika dan China, tetapi kariernya mungkin terhenti di Stamford Bridge.

“Saya tak mahu menjadi pemain yang menunggu masa untuk disingkirkan atau pemain yang menyekat kemajuan pemain yang lebih muda,” kata Terry di Sky Sports.

“Peralihan saya adalah berada di bangku simpanan dan melihatnya dari sudut yang berbeza tahun ini, sesuatu yang baik dan membantu dalam pengurusan pada masa hadapan.

“Saya tahu saya kata saya mahu bermain bola sepak seperti biasa, tetapi saya tidak menolak kemungkinan Ahad ini menjadi permainan terakhir saya dan bersara.

“Ia bergantung, jika ada tawaran yang betul saya akan duduk dan mempertimbangkannya dengan keluarga, sama ada di sini atau di luar negara, tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi dan saya masih menilai pilihan saya.” – mStar Online

Tags: ChelseaEPL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd