• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Kewangan Tutup 238 Akaun Mencurigakan

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah-langkah agresif untuk memerangi skim kewangan haram sebagai sebahagian daripada dasar tidak bertoleransi bank pusat itu terhadap pengendali dan pelabur yang dengan sengaja mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram.

Gabenornya Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, setakat 2 Mei, 2017, 238 akaun mencurigakan telah ditutup oleh institusi kewangan.

“Daripada jumlah itu, 108 akaun disenaraikan di bawah amaran pelanggan kewangan Bank Negara berikutan aduan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, di sini, hari ini.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjarakan 10 tahun.

Akta itu menyediakan peraturan dan pengawalseliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti relevan lain dan pengawasan pasaran wang serta pasaran pertukaran asing bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi perkara-perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan.

“Apa-apa juga pelaburan yang menawarkan pulangan lebih daripada 20 peratus adalah tidak realistik,” kata Muhammad, sambil menambah amanah saham adalah pengurus portfolio terbaik kerana ia menawarkan pulangan kira-kira enam hingga tujuh peratus.

Beliau menjelaskan akaun-akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun.

“Dana-dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan oleh mahkamah,” katanya.

BNM juga melaksanakan langkah-langkah diselaraskan yang termasuk Jabatan peguam Negara yang akan menerajui jawatankuasa antara agensi bagi penguatkuasaan bersama terhadap aktiviti kewangan haram. – BERNAMA

Tags: akaun palsuBNM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd