• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Seru Rakyat Bangkit Selamatkan Pulau Pinang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang diseru untuk menyelamatkan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti yang benar-benar layak memerintah, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid.

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008 telah hilang integriti dan ketelusan.

“Pada sidang Dewan Undangan Negeri kali ini, pihak Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan bahawa (pinsip) CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) telah mati dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

“BN juga berjaya membuktikan banyak janji-janji kerajaan DAP tidak ditunaikan dan janji-janji manis dalam manifesto Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di bangunan DUN di sini hari ini.

Beliau berkata BN juga telah membuktikan bahawa kerajaan pimpinan DAP telah menjual tanah yang banyak sepanjang pentadbiran mereka iaitu tanah-tanah yang sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek-projek kesejahteraan rakyat.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan DAP lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dengan projek mega dan tak mengutamakan kepentingan rakyat Pulau Pinang terutama yang memerlukan,” katanya.

Jahara berkata secara keseluruhannya BN berpuas hati dengan prestasi semua 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang persidangan ini yang mungkin sidang DUN terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu ADUN Pulau Betong Datuk Muhamad Farid Saad berkata rakyat perlu bertindak sewajarnya agar negeri ini selamat daripada ‘kedurjanaan DAP’.

“Kalau dibiarkan berterusan, semua tanah di negeri ini akan terjual,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Jahara Hamid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd