Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Vaksin Mampu Tangani Penularan...

DAKAR - Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Congo (Congo) berkata, virus Ebola yang menyerang...

Lebih 1,200 Kaunselor Ditempatkan...

SEPANG: Lebih 1,200 pegawai kaunselor digerakkan di seluruh pusat perpindahan sementara (PPS) untuk...

Video: Habis Pintu Dewan...

SEBUAH video yang memaparkan kejadian orang ramai merempuh pintu di sebuah bangunan awam...

Pengarah Syarikat Didakwa Ambil...

LABUAN - Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari bagi...

Berbuka Puasa: Makan Bajet Cara Student

MENGIMBAU semula berpuasa ketika di universiti, pelbagai cara digunakan untuk berjimat ketika bulan Ramadan.

Namun, lumrah manusia, nafsu sering menguasai diri. Sebelum bulan Ramadan ramai pelajar berazam berjimat namun, namum akhirnya semua jadi angan-angan Mat Jenin.

Berjimat ketika Ramadan perlukan iman dan semangat yang kuat. Walaupun Syaitan telah diikat, namun kita bertarung dengan nafsu yang kuat. Mengapa terjadi seperti itu?

Sebab kita menantikan Ramadan dengan kehebatan makanan yang dijual di bazar.

Lebih menggoda nafsu, sekiranya juadahnya sukar didapati ketika bulan lain.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk berjimat. Namun cara ini perlukan semangat yang kuat. Kita perlu beringat supaya juadah berbuka tidak membazir.

1. Berbuka di masjid/surau. Kerana kebanyakan masjid menyediakan juadah berbuka bagi pelajar di universiti.

2. Berkongsi dengan rakan sebilik membeli juadah berbuka.


3. Menghadkan perbelanjaan seharian dengan tidak membawa wang yang banyak ketika ke Bazar Ramadan.

4. Masak juadah berbuka bersama rakan serumah. Cara ini juga merapatkan semangat ukhwah. Malah menceriakan kerana terasa seperti berbuka bersama keluarga.

Jadi, kalau pelajar lupa diri berbelanja bagai nak gila di bazar Ramadan, kalau pokai jangan salahkan sesiapa!

Ikut hati memang mati!

#laskarmalaya

Kategori