• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batalkan ‘Transfer’ Jika KAFA Belum Cukup Syarat

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) membatalkan pemindahan bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memandangkan persatuan itu masih ‘gagal’ memenuhi syarat-yarat ditetapkan badan tersebut.

Annuar berkata langkah itu harus diambil memandangkan FMLLP terus mengenakan pelbagai syarat yang dilihatnya sebagai cubaan untuk menggagalkan usaha KAFA membawa masuk seorang lagi pemain import baharu Kelantan, Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang kurang cergas ketika ini.

“Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan (Ghaddar) tak dibelanja untuk selesai ‘masalah’ tanpa mereka siasat terlebih dahulu. Hari ini lain pula ceritanya…kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula.

“Sekiranya (ada) sekatan yang belum KAFA lepas, sila batalkan perpindahan Ghaddar kerana undang-undang mesti jelas dan konsisten,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran Syedi berikutan badan itu hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan bagi menyertai pasukan itu.

Malah pemain itu tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan tersebut berkaitan pembayaran tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Annuar berkata FMLLP sebelum ini turut memberi alasan tindakan menyekat penyertaan Syedi ke dalam pasukan Kelantan turut membabitkan isu tunggakan gaji dan pendaftaran pemain hanya boleh dibenarkan jika ia tidak melibatkan kos tambahan.

Beliau turut mempersoalkan jika FMLLP boleh menggunakan ‘budi bicara’ terhadap persatuan tertentu, mengapa badan itu tidak boleh menggunakan pendekatan sama terhadap Kelantan.

Katanya FMLLP mesti didisiplinkan jika masih gagal memberi sebarang penjelasan yang kukuh berhubung kemelut yang berlaku membabitkan KAFA dan badan itu. -BERNAMA

Tags: KAFAMohammed GhaddarTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd