• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Calon PM PKR, Tun M, Muhyiddin ‘Putih Mata’

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kenalah telan pil pahit tidak mungkin dapat melihat munculnya calon Perdana Menteri impian mereka jika Pakatan Harapan menang PRU14.

Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyaksikan sendiri belang PKR ditayang di depan mereka ketika turut hadir di perasmian Kongres Nasional PKR 2017 di Shah Alam pagi Ahad.

Anwar Calon PM PKR, Tun M, Muhyidin 'Putih Mata'

Parti itu terus ‘ kunci’ mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun kerana bersalah meliwat sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

Pada majlis perasmian itu pimpinan PKR ramai-ramai angkat plakad bertulis ‘Anwar PM ke 7’ ketika bersama-sama mereka diatas pentas utama.

Dr. Mahathir kelihatan tersenyum saja melihat gelagat pimpinan PKR sambil ambil gambar suasana dalam dewan mengggunakan telefon bimbit beliau.

Muhyiddin juga kelihatan tersenyum saja.

Hadir sama pada majlis itu otai DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Kit Siang dan Mat Sabu turut mengangkat plakad itu.

PPBM kebelakangan ini cuba tonjolkan Dr. Mahathir atau Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dari blok Pakatan Harapan.

Kedua mereka juga setakat ini tidak pernah beri restu terbuka Anwar dinamakan calon Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu sekalipun sudah dakap erat PKR, DAP dan PAN setakat ini cuma berkata isu calon Perdana Menteri biar dibincang kemudian.

Sementara itu Dr. Mahathir turut menandatangani petisyen mendesak pembebasan Anwar dari penjara kerana meliwat.

Langkah itu mencetuskan perhatian kerana sebelum ini beliau beberapa kali cuba elak diri terjebak dalam kempen bebas Anwar.

Beliau menandatangani petisyen itu semasa hendak keluar dari dewan perasmian kongres.

Turut sama menandatanganinya ialah anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ditanya wartawan hal itu Dr. Mahathir macam nak cuci tangan saja cuma cakap bukan beliau yang sumbat Anwar ke penjara.

Anwar Calon PM PKR, Tun M, Muhyidin 'Putih Mata'

Beliau bagaimanapun tidak beri kepastian sama ada sokong Anwar jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Katanya terserah kepada sesiapa pun buat pilihan mereka.

Mukhriz juga macam tak setuju bila kata soal calon itu perlu dibincangkan dan seseorang perlu dipilih sebelum PRU14.

Orang ramai tentu boleh ingat bagaimana pendirian Dr Mahathir tegas kata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri semasa memecatnya kerana kes liwat pertama dulu.

Apakah beliau ‘kerana politik’ akan buat U-Turn lagi dalam soal itu setelah sebelum ini buat banyak U-Turn termasuk soal mendakwa Lim Kit Siang adalah rasis? – Agenda Daily

Tags: PKRTan Sri Muhyiddin YassinTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd