• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Sabah Perlu Komited Kepada Parti

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.

Katanya, perjuangan itu termasuk memberi sokongan kepada kepimpinan semasa bagi melancarkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

“Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.

“Dalam hal ini, kita mesti beri sokongan kepada pemimpin kita sekarang iaitu presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negeri (Pengerusi UMNO Sabah), Datuk Seri Musa Aman,” katanya ketika melancarkan pelepasan peserta Larian Hari UMNO Ke-71 di Sepanggar, dekat sini hari ini.

Mengenai larian itu, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata program itu, yang disertai kira-kira 300 anggota, diharap dapat menyemarakkan semangat sayangkan parti dalam kalangan anggota.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Yamani Hafez Musa, yang merupakan pengerusi penganjur larian itu, berkata larian seluruh negeri itu merupakan sebahagian daripada program ‘Larian Bendera’ di seluruh negara.

“Di Sabah, UMNO Bahagian Sepanggar menjadi tuan rumah pelancaran larian ini dan peserta akan berlari sehingga Sulaman di mana peserta dari kalangan UMNO Bahagian Tuaran pula akan meneruskan larian ke Kota Belud dan seterusnya ke Kudat.

“Larian ini melibatkan 25 bahagian UMNO di Sabah yang akan berakhir di Kota Kinabalu pada hari ulang tahun UMNO pada 11 Mei ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd