• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Samseng Yakuza Kini Miskin Kebuluran

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHIDUPAN sebagai samseng ‘yakuza’ di Jepun semakin sukar menyebabkan ada anggota kumpulan itu terpaksa mencuri makanan di pasar raya untuk meneruskan kehidupan.

Menurut polis hari ini, dua anggota kumpulan penjenayah terancang itu ditahan polis kerana mencuri barangan runcit bernilai 76,120 yen (RM2,900) di sebuah pasar raya di Nagoya.

“Mereka adalah dari kumpulan Kobe Yamaguchi-gumi,” kata jurucakap polis merujuk kepada kumpulan yang berpecah daripada pertubuhan terbesar Yakuza di Jepun, Yamaguchi-gumi, pada 2015.

Dua samseng masing-masing berusia 52 dan 59 tahun itu dikesan mencuri tembikai, beras, belut dan makanan sejuk beku siap.

Menurut akhbar Mainichi, seorang lelaki itu memberitahu kumpulan mereka kini amat miskin menyebabkan anggota terpaksa mencuri makanan.

Yakuza berkembang di Jepun selepas perang Perang Dunia Kedua menjadi pertubuhan haram berpendapatan berbilion ringgit setahun.

Mereka terlibat dengan aktiviti perjudian, dadah, pelacuran, pinjaman wang haram, sindiket wang perlindungan dan jenayah kolar putih.

Tidak seperti mafia Itali atau China di negara lain, yakuza mendapat tempat dalam kalangan penduduk Jepun, malah dianggap tidak salah dan setiap kumpulan mempunyai ibu pejabat yang diketahui polis.

Namun, perubahan cara hidup, kemelesetan ekonomi dan jumlah ahli yang merosot menjejaskan yakuza selain udang-undang baru kerajaan Jepun yang menghalang urus niaga dengan kumpulan samseng. – myMetro Online

Tags: jepunKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd