• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Masuk FDI Dijangka Lepasi RM41 Bilion

oleh AK-47
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tahun ini dijangka melepasi RM41 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata unjuran berkenaan dipacu oleh program transformasi kerajaan yang telah membuahkan hasil dan membantu Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik.

“Kita akan terus menyesuai dan menyelaras dengan keperluan negara kita dan persekitaran luaran di sekeliling kita,” katanya dalam ucaptama pada majlis makan malam Meja Bulat Asia Pasifik 2017 di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Najib berkata dasar luar Malaysia juga menyumbang kepada kemajuan melalui kerjasama dengan rakan dan dan rakan kongsi negara.

“Kerajaan telah memeterai perkongsian menyeluruh dan strategik dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, China dan India.

“Kami mengalu-alukan persahabatan dan kerjasama demi kepentingan bersama,” kata Najib.

Beliau berkata pada tahun lepas sahaja terdapat banyak pertemuan termasuk dengan ketua-ketua kerajaan dan pemimpin negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, China, India, Arab Saudi, Turkmenistan, Iran, Perancis, Jerman dan yang terkini Bahrain.

“Interaksi dan perjanjian ini memberi hasil yang konkrit dari segi perdagangan dan pekerjaan, seperti pelaburan sebanyak RM144 bilion oleh China di Malaysia, pelaburan firma Arab Saudi, Aramco berjumlah RM31 bilion dalam Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas di Johor sertaperjanjian kerjasama ekonomi dna pelaburan berjumlah RM159 bilion yang dipersetujui dengan India,” kata beliau.

Najib berkata dasar luar kerajaan telah mewujudkan pertalian baru di rantau ini dan melangkauinya selain mengukuhkan hubungan dengan rakan lama.

Mengenai ASEAN, Najib berkata pergerakan serantau itu mencatatkan banyak perkembangan termasuk mencapai jumlah dagangan sebanyak US$1 trllion dalam tempoh kurang sedekad sejak pertengahan 2000-an.

Beliau berkata ASEAN juga telah menarik lebih US$130 bilion dalam FDI, mewakili lebih 10 peratus daripad aliran masuk FDI global.

“Inilah sebuah organisasi yang mempunyai pelbagai perbezaan dan boleh berdepan konflik sebelum ini, namun sebaliknya menekankan kepentingan komuniti, usaha pembangunan secara bersama serta kesalinghubungan,” katanya.

Forum tiga hari yang bermula hari ini menarik minat peserta dari 36 negara untuk membincangkan pelbagai cabaran dan peluang di rantau ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd