• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Belum Buat Persiapan Sambut Bayi Sulung

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira dua bulan sahaja lagi bakal bergelar bapa, penyanyi Aliff Aziz berkata, dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang ini berkata, dia masih menunggu masa terluang ibu bapanya untuk sama-sama memilih barang keperluan bayi.

“Insya-Allah, isteri saya dijangka bersalin pada Julai depan, namun saya belum berkesempatan untuk buat persiapan dan beli bayu bayi lagi, saya tunggu ibu bapa saya datang sini dan beli barang-barang yang penting.

“Kami memang banyak nak beli tapi takut membazir dan tidak penting untuk bayi. Jadi terpaksa tunggu mereka yang lebih tahu tentang barang-barang untuk ibu dan bayi,” ujarnya.

Aliff menyampaikan dua buah lagu untuk majlis Konvensyen Hartanah 2017.

Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini ditemui selepas persembahan Konvensyen Hartanah 2017 yang berlangsung di KL Sogo, di sini, pada Sabtu.

Aliff bergelar suami kepada wanita pilihannya Dayang Nabella, 23, dalam sebuah majlis tertutup pada 9 September 2016.

Sementara itu, Aliff berkata, dia belum bersedia berkongsi jantina bayi mereka kepada umum.

Katanya, perkara itu akan diketahui selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

“Saya belum mahu berkongsi jantina bayi kepada umum kerana saya takut silap. Nanti lain yang diberitahu, lain pula yang keluar.

“Selain itu, kami juga belum ada nama untuk bayi itu, Insya-Allah ia akan difikirkan bila sampai masanya nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff menyampaikan dua buah lagu iaitu Pamit (Tulus) dan Sayang-Sayang pada majlis Konvensyen Hartanah 2017.

Selain Aliff, penyanyi popular seperti Haiza, Aepul Drama Band, Ismail Izani dan Naja Bollywood turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Konvesyen Hartanah 2017 anjuran StarProperty.my diadakan di Tingkat 7, KL Sogo bermula Khamis hingga Ahad. – mStar Online

Tags: Aliff Azizpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nora Akur Permintaan Suami, Sedia Berhenti Berlakon

Next Post

Wenger ‘Malas’ Layan Kecaman Penyokong

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Wenger 'Malas' Layan Kecaman Penyokong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd