Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Keadaan Jerebu Terus Merosot...

SINGAPURA - Keadaan jerebu di republik ini merosot sejak kira-kira pukul 9 malam...

Polis Halang Penyokong Parti...

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan...

Ahli UMNO Buat Laporan...

POKOK SENA - Seramai 50 ahli UMNO Pokok Sena membuat laporan bagi mendesak...

Lima Amalan Sunat Pada...

HARI raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam yang disambut 1 Syawal...

AKSEM Kedah Rampas Mercun Bernilai RM300,000

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah menahan seorang pemandu lori yang membawa muatan berisi pelbagai mercun dipercayai bernilai kira-kira RM300,000 tidak termasuk cukai, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, semalam.

Timbalan komandernya Noor Mohammed Shaik Alauddin berkata, dalam kejadian pada 11.30 malam itu, sepasukan tujuh anggota AKSEM menahan sebuah lori perabot yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis mercun dan bunga api ditutup dengan kanvas pada bahagian belakang lori itu.

“Lori berkenaan adalah milik pemandu berkenaan. Bagaimanapun dia mendakwa dihubungi seseorang yang tidak dikenali dan ditawarkan upah RM1,500 untuk memandu lori tiga tan itu ke Ipoh, Perak. Dia diminta meletakkan lorinya di hadapan kawasan RTC Napoh, dekat sini.

“Seorang pemandu lain kemudiannya membawa lori itu untuk mengisi barangan sebelum meletakkannya kembali ke lokasi asal dan pemandu lori itu diarahkan menghantar barangan berkenaan ke satu lokasi lain.

“Bagaimanapun pemandu itu tidak dibenarkan melihat barangan muatan berkenaan dan hanya dimaklumkan bahawa ia adalah sayur-sayuran,” katanya dalam sidang media di kompleks AKSEM di sini hari ini.


“Kita percaya kesemua mercun ini dibawa masuk dari negara jiran Thailand itu dan ini adalah modus operandi sindiket penyeludupan mercun terbaru bagi mengelak diketahui pihak berkuasa,” katanya.

Pemandu lori itu yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dibawa ke kompleks AKSEM untuk siasatan lanjut, manakala barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kesalahan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e)Akta Kastam 1997 kerana membawa masuk barangan larangan tanpa kelulusan Kastam.- BERNAMA

Kategori