• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Pameran Raja Kita Di Muzium Diraja

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini sempena pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V memalu gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik perasmian pameran.

Pameran itu yang dibuka kepada orang ramai bermula esok hingga 4 Sept menyajikan pelbagai koleksi peribadi Sultan Muhammad V termasuk Al-Quran dan rehal, set sukan menyelam, peralatan memanah, pelana kuda sukan polo dan basikal riadah baginda.

Selain barangan peribadi Seri Paduka, manuskrip seperti Misa Melayu, Taj Al-Salatin dan Sejarah Negeri Kelatan yang asal turut dipamerkan.

Empat segmen pameran disediakan iaitu pameran konvensional terdiri daripada teks, poster dan peragaan artifak serta tayangan video istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Agong Rasmi Pameran Raja Kita Di Muzium Diraja

Turut disediakan kios informasi paparan sentuh mengenai alat-alat kebesaran dan maklumat Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehingga kini serta kaedah realiti maya dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berbentuk 3D dan ‘walk through’ Istana Negara lama.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pameran Raja Kita itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara lama yang kini dikenali sebagai Muzium Diraja.

Pameran pertama diadakan pada 2012 bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada 24 April lepas, Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Baginda sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan pada 13 Dis 2016 bagi menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada tarikh tersebut. – BERNAMA

Tags: AgongMuzium DirajaSultan Muhammad V
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd