• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Terima Beret kehormat Paskal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Beret Ungu Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Lencana Trimedia sempena kunjungan dua hari Seri Paduka ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini bermula semalam.

Pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Kapal Diraja (KD) Lekiu, Beret Ungu yang juga Beret Kehormat Paskal dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamad Noor, manakala sijil beret oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Yang di-Pertuan Agong juga berkenaan menerima pemakaian Lencana Trimedia oleh Panglima Khas Laut Paskal, Datuk Jamalludin Mohd Seman.

Beret Ungu Paskal merupakan pakaian kepala yang merupakan lambang kemegahan, keberanian, ketabahan, ketaatsetiaan serta kerelaan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kedaulatan negara.

Penganugerahan Beret Kehormat Paskal kepada Seri Paduka merupakan kesinambungan pengiktirafan pasukan kepada individu bukan daripada warga Paskal yang menyumbang bakti sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan serta peningkatan pasukan khasnya dan keupayaan tempur TLDM umumnya.

Semenjak diwujudkan, Beret Kehormat Paskal telah dianugerahkan kepada 10 orang kenamaan negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (menerima semasa menjadi Menteri Pertahanan) dan bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar.

Dalam kunjungan ke KD Lekiu, Sultan Muhammad V turut meluangkan masa menyaksikan demonstrasi gempur oleh anggota Paskal serta aset udara TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – BERNAMA

Tags: Agongpaskal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd