Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

TMJ Faktor Persembahan Positif...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya masih gagal menemui kemenangan selepas dikecewakan Lubnan...

Harap Banyak Tabika Kemas...

REMBAU - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar lebih...

Perhilitan Rampas 12 Ekor...

ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas...

Mufti Nafi Dakwaan Kononnya...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan...

8 Lelaki Ditahan Miliki Dadah Berhampiran Kubur

BESUT – Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan bersama 594 pil dadah jenis Yaba berhampiran sebuah kawasan kubur di Cabang Tiga Jerteh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang berkumpul di belakang sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan pada pukul 7 malam.

“Ketika siasatan dilakukan seorang daripada suspek telah mencampakkan sesuatu daripada beg sandangnya ke tanah dan apabila dibuat pemeriksaan, polis menjumpai pil pelbagai warna berjumlah 594 termasuk tiga botol cecair dipercayai dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata dua daripada lapan yang ditahan itu turut mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dadah dan mencuri.


Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 28 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori