• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Maut, 20 Cedera Bom Kereta Meletup Di Utara Syria

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Tujuh orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila bom kereta meletup di bandar Azaz di utara Syria berhampiran sempadan Turki yang dikuasai pemberontak pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik pan-Arab TV Mayadeen.

Kereta berkenaan meletup berhampiran sebuah masjid di bandar yang terletak di kawasan utara wilayah Aleppo Syria. Beberapa pemberontak turut mendakwa kejadian berlaku berhampiran ibu pejabat badan pentadbiran tempatan.

Sejak kejatuhan kerajaan pada 2012, pihak yang menguasai bandar Azaz sering bertukar tangan di antara beberapa kumpulan pemberontak termasuk Islamic State (IS).

Serangan baru-baru ini dipercayai dilakukan IS yang menarik diri daripada menguasai bandar itu pada 2014.

Sejak 2015, bandar berkenaan dikuasai antara Barisan Nusra al-Qaeda dan Tentera Pembebasan Syria yang disokong Turki.

Bandar Azaz menjadi rebutan kerana ia adalah tempat laluan bekalan logistik yang berhampiran dengan sempadan Turki-Syria. – BERNAMA

Tags: Bommaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd