• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

51 Remaja Ahli Geng 24 Akan Didakwa Di Mahkamah

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Seramai 51 orang remaja akan didakwa di mahkamah berhubung kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 yang berlaku di sekitar Klang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, semua remaja tersebut perlu hadir ke Mahkamah Majistret Klang pada Isnin ini.

“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Semua suspek tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” kata beliau.

Mohd. Fuad ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis penyerahan untuk Ketua Polis Daerah Sungai Buloh di ibu pejabat daerah di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, polis telah menahan seorang remaja 17 tahun yang dipercayai dalang Geng 24 berhubung kejadian memotong kek yang tertulis ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’ sehingga menyebabkan huru-hara.

Video aksi liar kumpulan remaja tersebut yang masih berpakaian sekolah menjadi tular menerusi media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, remaja itu ditahan pada hujung minggu lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Klang. – mStar Online

Tags: Kongsi Gelappelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd