• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Anggota UMNO Kota Bharu Terus Larian Bendera

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Larian Bendera UMNO peringkat Kelantan bersempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO, diteruskan hari ini dengan acara penyerahan bendera oleh UMNO Bahagian Kota Bharu kepada UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di atas jambatan Kampung Sungai Keladi, di sini.

Sebelum itu, kira-kira 500 anggota UMNO Bahagian Kota Bharu diketuai Naib Ketuanya Datuk Rosmadi Ismail memulakan Larian Bendera dari Bangunan UMNO Kota Bharu di sini pada kira-kira 0.30 pagi.

Larian sejauh dua kilometer itu melalui Jalan Post Office Lama dan Jalan Atas Banggol sebelum penyerahan bendera dilakukan di atas jambatan itu, sempadan Parlimen Kota Bharu dengan Pengkalan Chepa .

Bendera itu diserahkan oleh Rosmadi kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa Wan Shahrul Azwan Wan Abdul Azis yang juga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang.

Bercakap kepada pemberita, Rosmadi berkata Larian Bendera itu bagi menunjukkan solidariti anggota UMNO kepada perjuangan parti selain mahu menimbulkan semangat setiakawan dalam kalangan semua yang menyertainya.

Larian itu turut diadakan di beberapa kawasan Parlimen lain pada hari ini membabitkan laluan Kuala Krai-Tanah Merah-Machang dan Pasir Mas ke Kubang Kerian membabitkan kira-kira 2,000 anggota UMNO.

Pada pagi esok, Larian Bendera akan diteruskan dengan laluan Pengkalan Chepa ke Bachok serta dari Kubang Kerian ke Ketereh.

Acara kemuncak di peringkat Kelantan adalah penyerahan bendera oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kampung Pachakan, Besut, Terengganu pada Khamis ini. – BERNAMA

Tags: larianUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd