• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rumah Tangga Kami Okey” – Aqasha

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dilanda kontroversi yang mengaitkan seorang dramatis popular, aktor Aqasha akhirnya membuka mulut mengesahkan hubungan dia dengan isteri, Baizura Sabri berada dalam keadaan baik.

Aqasha, 35, berkata, rumah tangganya tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan aktres Rita Rudaini.

“Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu. 

“Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. 

 “Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui,” ujarnya kepada mStar Online.

Aktor itu mengulas kontroversi keretakan rumah tangganya selepas Baizura memuat naik paparan skrin teks perbualan suaminya itu dengan pelakon Rita Rudaini pada April lalu.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada paparan skrin yang dimuat naik oleh isterinya itu adalah benar, Aqasha enggan mengulas dan memberitahu dia tidak perlu menceritakan hal sedemikian kepada umum.

“Jika dia muat naik paparan skrin sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku. 

“Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun,” ujarnya.

Pelakon filem Embun itu, berkata, dia tiada masalah untuk bergandingan dengan pelakon Rita Rudaini pada masa depan.

“Saya seorang yang profesional dan tidak menolak jika digandingkan dengan dia (Rita Rudaini) pada masa akan datang,” ujarnya.

Aqasha dan Rita Rudaini digandingkan dalam drama Mi Laksa & Laksam terbitan Zeel Production yang akan ditayangkan di TV3. – mStar Online

Tags: Aqashapelakonpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd