• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Pegawai Dan Pemain KFA Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 41 pegawai dan pemain Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan pasukan itu bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Upacara melafaz ikrar itu diketuai oleh ketua pasukan, Khairul Helmi Johari sambil disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar dan ketua jurulatih pasukan Kedah yang baharu Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Aminuddin berkata kerjasama KFA dengan pihak SPRM ini adalah untuk memastikan tiada anasir-anasir rasuah menjalar dalam pasukan Kedah.

“Kita ingin menyatakan bahawa pasukan Kedah bebas daripada rasuah dan memberi keyakinan kepada peminat-peminat kita yang datang menonton perlawanan bahawa permainan selama ini adalah bersih daripada rasuah atau mengatur perlawanan,” katanya kepada pemberita pada majlis Ikrar Bebas Rasuah KFA di sini, hari ini.

Beliau juga dengan tegas berkata, tindakan akan diambil sekiranya ada pemain dan pegawai pasukan terlibat rasuah serta tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Sementara itu, Mohd Nidzam Adzha berkata beliau yakin anak buahnya akan menunjukkan persembahan menarik ketika bertemu T-Team pada perlawanan Liga Super malam esok semasa momentum pasukan berada dalam keadaan baik selepas memenangi Piala FA baru-baru ini.

“Kita yakin dengan momentum yang ada selepas menang Piala FA dan semua pemain dalam keadaan baik, namun kita kena ambil sikap berhati-hati kerana T-Team pasukan yang kuat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bebas RasuahKedahKFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd