• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 ADUN PKR Lompat Parti, Strategi Tutup Isu Adam Rosly

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR akan keluar parti bagi menubuhkan kerajaan campuran baharu di Selangor adalah strategi Menteri Besar Selangor untuk menutup isu pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak demikian setelah kepimpinan tertinggi PKR ingin memecat Adam Rosly daripada jawatan politiknya susulan beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kekayaan ‘luar biasanya’.

Jamal berkata beliau menerima makluman Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membawa usul untuk memecat atau menggantung Adam Rosly daripada AMK Ampang.

“Tetapi Azmin Ali terlebih dahulu memainkan isu bahawa ada empat orang wakil rakyat dari Selangor akan melompat parti yang mana kerajaan negeri Selangor akan kehilangan kerajaan apabila PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

“Jadi apabila Azmin membawa perkara tersebut, maka senyaplah agenda untuk memecat saudara Adam atau menggantungnya kerana menghadapi pertuduhan oleh SPRM,” kata Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, kepada pemberita di lobi Mahkamah Ampang, di sini hari ini.

Jamal dan sembilan pengikutnya hadir di Mahkamah Ampang bagi prosiding sebutan semula kes yang dihadapi mereka, iaitu menggunakan kekerasan dalam satu kejadian di Ampang Point, November lalu.

Sehubungan itu Jamal menasihatkan UMNO Selangor agar tidak mempercayai dakwaan lompat parti itu kerana ia tidak benar dan hanyalah strategi pembangkang yang cuba membuat UMNO berasa selesa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ini sebenarnya sengaja direka oleh Azmin nak bagi orang UMNO, orang Barisan Nasional (BN) ‘syok’ supaya mereka ni lalai, alpa daripada kerja, tanggungjawab yang sepatutnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya nak ingatkan rakan-rakan daripada BN, UMNO jangan termakan dengan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adam RoslyDatuk Seri Jamal Md YunosPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd