• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Keluarga Termasuk Bayi Nyaris Rentung Kebakaran

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebelas orang daripada tiga keluarga, termasuk seorang bayi berusia seminggu, nyaris rentung apabila rumah kampung separa kekal di Kampung Kuala Sawah di sini yang didiami mereka, terbakar sepenuhnya hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.27 tengah hari dan 15 anggota bomba dari Balai Bomba Seremban 2 tiba di lokasi kebakaran 15 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian dan semua penghuni terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang bayi lelaki, selamat.

“Semasa anggota kami sampai, api didapati marak dari bahagian atas rumah dan merebak dengan cepat kerana rumah itu diperbuat daripada kayu, manakala cuaca pula panas dan berangin,” katanya kepada pemberita.

Norazam berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah pendawaian oleh kerana rumah tersebut, yang disewa oleh tiga keluarga, sudah berusia lebih 20 tahun. Kerugian dianggarkan lebih RM100,000.

Beliau turut menasihati pemilik serta penghuni rumah-rumah lama dan berusia supaya sentiasa menaik taraf sistem pendawaian elektrik agar kejadian litar pintas yang menyebabkan kebakaran dapat dielakkan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd