Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pilot Kena Serangan Jantung...

EDINBURGH - Juruterbang syarikat penerbangan Belanda, KLM, mengalami serangan jantung ketika mengemudikan kapal...

Lelaki Disahkan Positif Mengundi...

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki menunaikan tanggungjawab mengundi di tempat khas apabila disahkan positif...

Azmin Tulis Surat Kepada...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah menulis surat kepada...

10 Hal Berkabung Yang...

1. Istirja’Istirja’ adalah ucapan terbaik apabila dilanda musibah. Ucapan yang diajar Nabi sallallahu...

101 Penghuni Rumah Panjang Hilang Tempat Tinggal

LIMBANG – Sebuah rumah panjang 14 pintu di Kampung Meresan, Jalan Kubong Pandaruan Limbang ranap dijilat api dalam kejadian yang berlaku 10 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran di Rumah Panjang Sateng jenis kayu itu yang menyebabkan 101 penghuninya kehilangan tempat tinggal.

“Jentera bomba mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian kerana laluan dipisahkan oleh sebatang sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tawang berkata, untuk menyeberang ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan sebuah jambatan gantung yang menghubungkan lokasi kejadian dengan jalan raya utama dan api dipadamkan dengan menggunakan sumber air sungai melalui kaedah pam air.


Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat dan setakat 2 petang ini anggota bomba masih berada di lokasi kejadian untuk memadamkan saki-baki kebakaran. – BERNAMA

Kategori