• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WOW! Tuah Popular, King Coco Jana RM20,000 Sebulan

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?’ – peribahasa ini mungkin paling sesuai menggambarkan kehidupan Instafamous, King Coco kini.

Apa tidaknya, dalam teruk dikecam dan dikritik rakyat Malaysia, siapa sangka ia membawa tuah buat wanita berusia 20 tahun ini hinggakan mampu menjana pendapatan sebanyak RM20,000. Ha, terkejut bukan?

WOW! Tuah Popular, King Coco Jana RM20,000 Sebulan

Semua bermula gara-gara populariti yang dikecapinya selepas video pelat mat sallehnya menjadi tular seterusnya menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.

Sejak itu, apa sahaja yang dilakukan pemilik nama sebenar Marshairah Ismail ini, pasti mendapat perhatian seterusnya membuka 1,001 pintu rezeki buat dirinya.

Bijak mengambil peluang atas populariti yang dikecapi itu, Coco kemudian melakukan paid review menerusi laman Instagram.

Khidmat iklan yang dijalankan secara suka-suka pada awalnya itu ternyata berhasil hinggakan dia mampu meraih pendapatan sebanyak itu.

WOW! Tuah Popular, King Coco Jana RM20,000 Sebulan
“Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang.

“Ditambah hobi saya yang suka merakam video. Bermula dengan suka-suka, Alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan.

“Dalam bidang ini, banyak cabaran dari klien. Ada yang kurang sabar dan ada minta refund apabila hasilnya tak dapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional,” kata Coco kepada Majalah Nona.

Melihat pada angka pendapatan yang diterima Coco, rasanya tidak hairan kalau selepas ini muncul lagi individu sepertinya. Ye dak? Hehe… – MYNEWSHUB.CC

Tags: instagramKing Coco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Akses Instagram Disekat Di Rusia

14/03/2022
0

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu hari ini selepas Moscow dilaporkan menuduh syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd