• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

oleh
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bagaimanapun kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had umur persaraan buat masa ini.

“Kita menerima banyak maklum balas berkata (tingkat umur persaraan kepada 65. Tapi bukan semua yang mencapai 60 tahun ingin terus bekerja. Sesetengah mahu bersara.

“Kita cuba layan kehendak macam ini. Kalau mahu bekerja, teruskan bekerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (Makpem) 2017 yang bertemakan “Social Protection & Sustainable Development – Empowering Older Persons” di sini, hari ini.

Katanya kerajaan juga sentiasa membincang dengan pihak berkepentingan bagi memperkenalkan dasar dan program bagi mewujudkan ekosistem yang mengalak penuaan aktif warga emas di negara ini.

Selain keboleh pasaran kerja, Rohani berkata kajian juga dilakukan merangkumi keperluan perumahan, kesihatan, sosial dan kebajikan golongan itu.

Ini selaras dengan unjuran bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15.3 peratus daripada penduduk adalah warga tua.

Menyentuh mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Sosial, Rohani berkata ia dijangka dibentang pada sesi Dewan Rakyat pada Julai ini.

Katanya rang undang-undang khusus itu perlu sebagai usaha meningkatkan professionalisme pekerja sosial dalam mengendalikan kes. – BERNAMA

Tags: PersaraanRohani Abdul Karimwarga emas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd