• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hamil Maut Jatuh Ketika Sidai Tilam

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang wanita yang hamil lima bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah apartmen di Taman Sri Kepayan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mayat Jeaquiline Ribot, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh jirannya sebelum dimaklumkan kepada pengawal keselamatan.

Harian Metro melaporkan, pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George berkata, siasatan awal mendapati mangsa disyaki terjatuh ketika menjemur tilam di ruang kaki lima di tingkat tiga apartmen berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati sebatang besi paip berukuran hampir 0.6 meter yang dijadikan tempat menyidai pakaian tercabut.

“Mangsa dipercayai berdiri di atas sebuah kerusi plastik warna hitam lalu menekan tilam itu menyebabkan batang paip berkenaan tercabut daripada kimpalan besi pagar lalu mangsa terjatuh pada ketinggian 12 meter.

“Siasatan juga mendapati kimpalan di antara batang paip dengan batang besi pagar adalah tidak kukuh menyebabkan batang paip itu tercabut,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan di tempat kejadian tiada sebarang unsur jenayah atau pecah rumah dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mautTerjatuh Bangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd