• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUJAN lebat sejak jam 10 pagi tadi mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar Rawang, Selangor buat julung kalinya dinaiki air sehingga mencetuskan panik banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, sebanyak 65 buah rumah terjejas di Taman Tun Perak selepas kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.3 meter.

Tambahnya lagi, hujan lebat menyebabkan air Sungai Pajam naik mencecah 3.5 meter hingga melimpahi tebing dan menyebabkan banjir berlaku.

“Empat keluarga membabitkan 20 dewasa, tujuh kanak-kanak dan seorang bayi di kawasan Kuang dibawa keluar dan ditempatkan ke kawasan penempatan sementara selepas kawasan itu dinaiki air setinggi 0.3 meter.

“Selain itu, tiga gerai makan di tepi jalan dan kawasan di sekitar bulatan Batu Arang, Kuang dekat sini turut terjejas teruk selepas air anak Sungai Air Hitam melimpah ke kawasan terbabit,” katanya yang dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

Video: Rawang Julung Kali Dilanda Banjir Kilat

Menurut Sani, kawasan kedua yang terjejas adalah di Jalan B27 berhampiran pusat beli belah AEON sehingga ke persimpangan Country Home dekat sini apabila dinaik air setinggi 0.5 meter.

Manakala paras air di Sungai Gong meningkat kepada 3.5 meter akibat daripada pembinaan jambatan baharu yang menyebabkan air tidak mengalir dengan sempurna.

“Kita mendapati anak sungai di sekitar Pejabat Pos Batu Arang tersumbat sehingga menghalang aliran air bergerak dengan sempurna serta anak sungai yang melalui belakang Balai Bomba Batu Arang sehingga kilang kayu balak tidak diselenggara dengan baik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: banjir kilatRawang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd