• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Mana Kau Nak Pergi Setan!”

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai dilarikan oleh seorang pencuri menjadi tular melalui media sosial tempatan sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 1 minit 57 saat, kenderaan kecil itu yang diubah suai kepada Passo dirakamkan dikejar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Ismail, Mersing, Johor.

“Haa mari kita tengok ini dia, pencuri kereta… tengah follow sekarang ni, mana kau nak pergi setan!” ujar pemandu berkenaan.

Suspek akhirnya memasuki jalan mati sehingga menyebabkan dia terbabas berhampiran sebuah restoran dan dilihat cuba untuk melarikan diri di penghujung rakaman.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis Mersing serta bantuan daripada orang ramai membuatkan suspek berjaya diberkas selepas dipecayai melarikan diri kira-kira 80 kilometer sehingga ke Pekan Kahang, Kluang.

Video: "Mana Kau Nak Pergi Setan!"

Video: "Mana Kau Nak Pergi Setan!"

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa hanya mengetahui keretanya hilang selepas dimaklumkan rakan dan mendapati keretanya yang baru diparkir pukul 8.15 pagi sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing mengatakan suspek yang berusia 31 tahun itu beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Mersing untuk menghadapi pertuduhan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: curimyvipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd