• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Dobi Isteri Pertama Bung Cuba Dirompak

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN dua lelaki yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang token di sebuah kedai dobi 24 jam di Kota Kinabalu, Sabah menjadi tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis ketika ketiadaan pelanggan yang menggunakan kedai dobi layan diri itu.

Pemilik kedai dobi tersebut yang juga merupakan isteri pertama kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Datin Nor Asidah Alimuddin memuat naik beberapa rakaman video CCTV di laman Facebook dan sehingga kini telah dikongsi sebanyak 2,911 kali oleh netizen.

https://www.facebook.com/myidang/videos/10202942716404916/

https://www.facebook.com/myidang/videos/10202942716684923/

https://www.facebook.com/myidang/videos/10202942718044957/

https://www.facebook.com/myidang/videos/10202942718484968/

 

Menerusi rakaman, salah seorang suspek dilihat menendang dan cuba merosakkan tombol pintu yang dipercayai tersimpan wang di dalamnya.

Suspek kemudian bertindak merentap tombol pintu berkenaan namun gagal setelah mencubanya beberapa kali, termasuk dengan menggunakan sebatang besi.

Menurut Nor Asidah, dia menyifatkan kedua penjenayah terbabit sebagai manusia kurang berakal kerana mesin berkenaan tidak mempunyai wang, sebaliknya hanya token untuk kegunaan mesin sahaja.

“Apa yang kamu mahu rompak? Token saja yang ada dalam mesin, ingat apa? Duit?” kata Nor Asidah.

Tambahnya, dia meminta orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat agar segera membuat laporan kepada polis dan dia turut menawarkan hadiah sekiranya berjaya memberikan maklumat mengenai mereka.

“Saya bagi hadiah kepada mereka yang membantu menangkap dua ekor biawak ini.  Terima kasih kerana membaca dan berkongsi sehingga tertangkapnya ‘biawak-biawak’ ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan...

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd