• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Kesat Air Mata Terharu Ketika RUU 355 Dibentang

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBENTANGAN usul persendirian pindaan RUU 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini merupakan saat yang begitu bermakna.

Menerusi rakaman siaran langsung TV di Parlimen, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Nasruddin yang duduk di belakang Abdul Hadi itu dilihat membuka kaca matanya untuk mengelap air mata beberapa kali.

Menurutnya, beliau tidak dapat menahan emosi dan melahirkan rasa syukur sebaik sahaja usul yang diperjuangkan itu berjaya dibentangkan oleh Abdul Hadi walaupun diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen bukan Islam.

Tambahnya, beliau yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata, PAS membentangkan usul pindaan itu bukan untuk mencari undi politik, sebaliknya mengangkat syariat Islam.

“Saya mengharapkan mereka dapat menilai dengan hati terbuka dan mereka lihat bagaimana keadilan Islam,” kata Hassan.

Usul yang dibawa oleh Abdul Hadi adalah bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimun sebanyak RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.

Hukuman syariah buat masa sekarang adalah hanya dikenakan penjara sehingga tiga tahun, denda paling tinggi pun setakat RM5,000 dan sebatan sebanyak enam kali sahaja.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah cuba membawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Abdul Hadi AwangPASRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd