• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulang Tahun UMNO Ke-71 Diisi Program Keagamaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, – Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini akan dipenuhi dengan program keagamaan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata sambutan kali ini sedikit berbeza memandangkan ia diadakan pada malam Jumaat yang juga secara kebetulan adalah malam nisfu syaaban.

“Program ini akan diisi dengan program keagamaan dan kita juga akan mengadakan live streaming (lintas langsung) dari tapak acara yang akan dibangunkan di Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC), di mana kita akan tunjukkan acara pecah tanah (permulaan kerja-kerja fizikal pembinaan),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada lebih 100 pelajar pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada setiap 25 sekolah di sini yang disumbangkan Parlimen Putrajaya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Barisan Nasional (BN) akan tetap menang jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan tahun ini atau tahun depan, Tengku Adnan berkata jentera UMNO telah bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Kita sentiasa bersedia tetapi kita akan tunggu arahan presiden kita (Najib). Jentera-jentera kita bergerak.

“Sekarang ini kita minta setiap negeri menggerakkan jentera mereka dan saya percaya bahawa bila-bila dipanggil (pilihan raya) kita bersedia,” kata Tengku Adnan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd