• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Politik Pinggir Quran, Sunnah – Presiden PAS

oleh
01/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti Islam itu untuk menolak ‘politik moden’ yang meminggirkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tambahnya, beliau kesal ada di kalangan parti politik yang berlumba-lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam dalam kalangan rakyat beragama Islam di negara ini.

“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini,” kata Abdul Hadi.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya semasa merasmikan Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, di Kota Sarang Semut di sini pagi Sabtu.

Jelas beliau, tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Selain itu, Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS memang menyedari dan memahami realiti politik di Malaysia yang didiami pelbagai kaum dan agama yang berbeza.

“Namun, musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah serta penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam merupakan halangan kepada kita.

“Ada pula di kalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam.

“Sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup,” kata Abdul Hadi sambil menyatakan bahas PAS tidak pernah menentang mana-mana kaum.

Bagaimanapun parti itu hanya menenatang sikap chauvinis serta perkauman sempit yang diamalkan parti-parti tertentu. Ucapan itu jelas merujuk kepada DAP yang kini menerajui Pakatan Harapan.

Blok pembangkang tersebut turut disertai PKR, selain serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu PPBM yang dicipta oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Muktamar Pas Pusat ke-63 berlangsung dari hari ini sehingga Isnin. Proses pengundian bagi jawatan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu akan berlangsung pada petang ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd